Monday 25 April 2016

SEAGUNG CINTA HANDZALAH


Jenazah dimandikan malaikat? Jika dijadikan tajuk majalah, pasti laris di pasaran. Hakikatnya, kisah itu benar-benar berlaku. Baru sahaja mengecapi malam pertama tanpa sempat mandi wajib, sahabat Rasulullah saw ini meluru ke medan jihad lalu gugur syahid. Diuruskan oleh para Malaikat Allah, jasadnya ditemui dalam keadaan basah. Allahuakbar! Betapa agung cinta HANDZALAH pada Pencipta dan Rasul-Nya. Betapa hebat pengorbanan si isteri melepaskan suami ketika ‘inai masih merah di jari’.


Berkali-kali mendengar kisah tentang pejuang hebat ini sehinggalah disahkan mengandung kali ke-4. Maka sibuklah kami si ibu dan ayah mencari nama yang indah. Terinspirasi dari kisahnya, kami ingin bayi ini meraih kejayaan dunia akhirat dengan meneladani keperibadiannya. Lalu nama FALAH HANDZALAH dipilih dan ‘dipanggil’. Ia panggilan seawal kandungan 2 bulan tanpa mengetahui jantinanya lelaki atau perempuan!